MANUFACTURING,WHOLESALING,RETAILING AND ADVERTISING.

Tuesday, February 12, 2019

PENYUSUNAN SEMULA ABCREATIONS.


AHMAD BAHAROM CREATION.
Nama Pengusaha:              Ahmad Bin Baharom.
No Kad Pengenalan:          
Alamat:                                 
                                                

No H/P.                                 
No.Telephone Pejabat:      

Email:                                     

Jawatan:                                1. PELUKIS 

Sekolah Terakhir:                Victorian Institution Kuala Lumpur  (1972 hingga 1979)

Kelulusan:                            SRP.

Kemahiran Profesional:     Melukis Rekabentuk dan Rekacorak (Dari 1979)

Pengalaman Berniaga:      Dari 1979 .

Jenis Kepakaran:                 1. Batik Canting , Batik Block dan Batik Silkscreen.
                                                2. Produk Kraftangan.
                                                3. Percetakan Silkscreen.
                                                4. Industri Fiberglass.
                                                5. Metal Stamping.
                                                6. Plastik Injection
                                                7. Icing.
                                                8. Moulding
                                                .                                              



JENIS-JENIS RANCANGAN PERNIAGAAN  YANG TELAH
DITETAPKAN.
1.
AHMAD  BAHAROM CREATION (M) SENDIRIAN BERHAD





2.
AHMAD BAHAROM CREATIVE FIBERGLASS






3.
AHMAD BAHAROM CREATIVE KITE
                    https://ahmadbaharomcreativekite.blogspot.com/





4.
AHMAD BAHAROM CONCEPT MARKETING
5.
AHMAD BAHAROM CREATIVE SILKSCREEN
https://ahmadbaharomcreativesilkscreen.blogspot.com/






6.
AHMAD BAHAROM CREATIVE BATIK







PENYUSUNAN SEMULA AKTIVITI PERNIAGAAN ABCREATION.

1.    KEJATUHAN EASTETIKA CRAFT (M) SDN.BHD DAN CHERAS KRAF BATIK
1.1   Pada akhir tahun 1997 kedua-dua Syarikat milik ABC terpaksa ditutup kerana kerugian akibat Krisis Ekonomi yang melanda pada masa itu.

1.2   Akibat dari kesan itu ABC telah berpindah sementara waktu keKuala Rompin Pahang sambil menjalankan Perniagaan secara kecil-kecilan

1.3   Semasa disana ABC terus menjalankan kajiselidik dan rekaan beberapa barangan termasuk Layang-Layang Berlipat (Portable Kite).

1.4   Akibat kekurangan sumber bahan dan teknologi untuk menghasilkan semua rekaan, ABC telah berpindah ke Meru,Klang, Selangor pada tahun 2000 setelah mendapati ianya tempat yang sesuai bagi tujuan tersebut.

1.5   Pada tahun 2001 Abc mula membuat layang-layang secara aktif dan anak-anak menjualnya dari    rumah sehingga kini. Sambutan amat menggalakkan dan amat mudah terjual (Marketable)

2.    PEMBANGUNAN REKAAN LAYANG-LAYANG.
2.1   Pada permulaan ABC dan anak-anak hanya menjual sejenis sahaja layang-layang yang kini dinamakan TORNADO.

2.2   Selepas itu ABC meneruskan rekacipta sehingga kini terciptalah berbagai VERSI, JENIS dan Corak yang berbeza.

2.3   Versi-Versi  yang telah cipta adalah;
a)       Le’Layang Kite

b)       Eastetika Kite

c)        ABCollection Kite

d)       ABC International Collection.

2.4   Jenis Layang-Layang yang berjaya dicipta adalah:
a)       Tornado
b)       Twister
c)        Huricane
d)       Typhoon
e)       Storm
f)        Rockaku
g)       Humming Kite
h)       Train Kite (Layang-Layang Berangkai)
i)         Stunt Kite
j)         Quard Kite
k)       Tube Kite


PRODUK TAMBAHAN: Wau Tradisional dan Wau Lipat (Portable)



2.5   Corak (Design) bagi setiap Versi setelah mengambilkira kegemaran pembeli berdasarkan minat Pembeli yang telah dibuat selama hampir 20 tahun iaitu dari tahun 2001 hingga 2019.
a)       Burung Helang
b)       Burung Hantu
c)        Burung Kakaktua
d)       Super Hero ( Batman, Spiderman dan Superman)
e)       Alien
f)        Spider
g)       Panda Bear
h)       Kupu-Kupu
i)         Hantu
j)         Pirates
k)       Jaws
l)         Lebah
m)     Abstract.       

JENIS-JENIS VERSI

SAIZ-SAIZ YANG DICADANGKAN.
1.     Mini
2.     Junior
3.     Senior
4.     Expert
5.     Jumbo
6.     Extreme


KESIMPULAN

LEBIH DARI 1500 JENIS LAYANG-LAYANG BERBAGAI VERSI, JENIS DAN CORAK SERTA SAIZ TELAH DAPAT DIHASILKAN


NOTA:  Beberapa tahun lalu, Abc telah pun bercadang mengeluarkan produk ABC Kite secara kormisel dengan menubuhkan TWIZZ INDUSTRIES (M) SDN BHD, tetapi akibat tiada kata sepakat dengan Rakan Kongsi, Abc batalkan hasrat tersebut dan Syarikat itu Abc bubarkan.

Kini semua rancangan perniagaan adalah 100% milik Ahli Keluarga ABC sahaja
.





PENUBUHAN AHMADBAHAROM CREATIONS AND ASSOCIATES (M) SDN BHD dan SYARIKAT PEMBUATAN KUMPULAN.

1)      Berdasarkan pembangunan Produk yang telah dibuat dan ternyata banyak yang mendapat sambutan yang menggalakkan, maka Abc telah mengambil keputusan untuk aktifkan semua semua jenis perniagaan yang telah disebutkan diatas.

2)      Boleh dikatakan bahawa semua aktiviti perusahaan yang  diusahakan adalah sebagai Industri Desa yang boleh diushakan dipinggiran bandar atau dikampung-kampung.

3)      Dengan mengusahakan perusahaan seperti ini akan dapat membantu penduduk desa untuk bekerja atau menambah pendapatan.

4)      Membantu kaum belia berlajar bermacam kemahiran pembuatan Kraf dan Barangan.

5)      Perusahaan ini jika berkembang akan melahirkan ramai usahawan desa yang menjadi gabungan kepada semua jenis perniagaan yang dirancang seperti Bekalan Bahan, Pemasangan dan Pembungkusan dimana kebanyakkan tugas itu boleh dilakukan dirumah.

6)      Memberi peluang pekerjaan diBengkel-Bengkel atau Kilang yang bakal diwujudkan.

7)      Secara keseluruhannya selain menambah peluang pekejaan, menaikkan sosio ekonomi masyarakat desa ianya akan menggiatkan lagi minat untuk masyarakat menceburi perusahaan dalam bidang Pembuatan.

8)      Pihak Abc juga merancang untuk memberi peluang latihan kemahiran dan pekerjaan kepada Anak-Anak Yatim, OKU dan Ibu-Ibu Tunggal.

9)      Akan wujud ramai usahawan Vendor hasil dari perusahaan ini.

10)   Menyatu-padukan masyarakat kearah usahaniaga dan matlamat yang positif.



Sekian.

ABC (Ahmad Baharom Creation.)








AHMAD BAHAROM CREATION
Daripada;            Ahmad Bin Baharom.
                                
                                                                                           Tarikh; 12hb Feb.2019

Kepada:               Sesiapa Yang Berkenaan.
                                PEJABAT KETUA KAMPUNG MERU.

                                Tuan,

Perkara: MEMOHON MENGADAKAN PUSAT PAMERAN, JUALAN SERTA TEMPAT LATIHAN SERTA  PERTUNJUKKAN PERMAINAN LAYANG-LAYANG DIPADANG DEPAN DEWAN MPK MERU.


1)      Berdasarkan penerangan saya yang dilampirkan bersama surat ini, sukacita saya ingin meminta bantuan dan kerjasama untuk saya menjayakan semua yang telah dirancang.

2)      Saya memohon sebagai pemulaan pihak Tuan membantu saya untuk mendapat kebenaran untuk saya menjalankan aktiviti seperti yang disebut diatas seperti yang telah diperbincangkan sebelum ini.

3)      Saya bercadang untuk memulakan Pameran dengan Produk Layang-Layang ABC KITE dan selepas itu pihak kami akan menambah secara beransur-ansur Pameran aktiviti lain seperti Batik, Ukiran, Kraftangan, Percetakan Silkscreen dan lain-lain.

4)      Selain mengadakan Pameran dan Jualan, pihak kami akan mengadakan Program Latihan Kemahiran seperti Melukis, Mengukir, Membuat Batik dan Kraftangan serta Percetakan Silkscreen.

5)      Latihan itu akan memberi munafaat kepada masyarakat malah dapat membantu pihak kami melahirkan rakanniaga atau pekerja mahir bagi kami untuk mengembangkan rancangan perniagaan yang telah dirancang.

Kerjasama pihak Tuan amat-amat saya harapkan.

Sekian, Terima Kasih.



Ahmad Bin Baharom.



Nota. Semua data peribadi telah dipadamkan.
















No comments:

Post a Comment